About Me

My Photo
NO.MATRIK : D20102041200 SUBJEK : KAJIAN TEMPATAN TAJUK : CUTI-CUTI MALAYSIA

Monday, 5 December 2011

Melaka

Kota A'Famosa



merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai


Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.


Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.



Perkampungan Portugis
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. 




Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.




Pulau Besar 
Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.


Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.







Perlis

Gua Kelam









merupakan sebuah gua batu yang terletak di kaki bukit.Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”).Iaitu,melalui jambatan gantung.Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi dan panjangnya lebih kurang 400 meter.


Wang Kelian State Park









merupakan syurga bagi pencinta alam dan penggemar eko-pelancongan. Berdekatan dengan sempadan Thai, terdapat 1,000 ha kawasan dalam Hutan Simpan Mata Ayer yang merupakan harta biodiversiti yang tidak ternilai. Hutan batu kapurnya juga kaya dengan fauna, termasuk pelbagai jenis burung, mamalia dan reptilia.



Saturday, 3 December 2011

Kedah

Gunung Jerai, Yan


Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu. 



Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur. 



Balai Seni Negeri Kedah, Alor setar


Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals". 

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu抋dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. 

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. 


Candi Lembah Bujang, Merbok


Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang di kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India. 
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba. 






Perak









Kebetulan tiga bulan berturut saya berpeluang melawat tempat-tempat pelancongan di negeri Perak. Ada yang sudah biasa saya lawati seperti Zoo Taiping, Muzium Perak, Tambun Lost World dan Bukit Merah Lake Town. Ada juga yang baru pertama kali saya jejaki seperti makan mi udang di Kuala Sepetang, jelajah Gua Tempurung, melawat Kelly Castle dan lawatan ke ladang limau bali di Tambun. Banyak juga kenangan dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang lawatan tersebut. Negara kita pun tidak kurang tempat-tempat pelancongan yang menarik. Nampaknya tahun ini menjadi Tahun Melawat Perak bagi saya. Kebetulan IPG juga memilih Perak sebagai destinasi pelancongan kami bagi mengisi aktiviti kelab. Almaklumlah, kos lawatan pun bukannya mahal sangat dan pengangkutan pula ditaja oleh kelab.


Perak

Taman Tasik Taiping
Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping. (rate : 4 bintang)
Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith. (4 bintang)
Teluk Intan Leaning Tower
Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung. (rate:3 bintang )
Gua Tempurung
Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah (3 bintang)
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana. (4 bintang)
kuala gula
kuala gula terletak dalam daerah kerian dan boleh tengok burung time musimnya. ada gak chalet tepi pantai yang boleh pegi.layanan ok je la.banyak aktiviti lain yang ada contohnya memancing,tengok kelip-kelip,burung .. 

Friday, 2 December 2011

Pulau Pinang

Bukit Bendera

Buat pengunjung yang pertama kali ke Pulau Pinang seharusnya menjejakkan kaki mereka ke sini.
Pemandangan dari atas bukit dan panoramanya amat menarik sekali.

Jadual waktu keretapi bergerak - Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm. Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return).


























Taman Negara
Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, Daerah Barat Daya. Jaraknya dari bandar Georgetown adalah lebih kurung 20 kilometer. Taman negara ini adalah seluas 1381 hektar yang merangkumi keluasan daratan dan lautan yang telah digazetkan.






























Jambatan Pulau Pinang


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, iaitu memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan dengan kos sebanyak RM 850 juta.


Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar di semenanjung.
























Komtar


Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya.